Bagi setiap individu, memiliki tubuh langsing ataupun potongan bentuk badan ala-ala ratu kerengga adalah dambaan golongan ini, malah mereka berpendapat perkara ini meningkat lagi keyakinan diri apabila berhadapan dikhalayak umum. Maka tidak hairanlah jika ada di antara mereka sanggup berbelanja besar dan mencuba pelbagai produk pelangsingan badan untuk merealisasikan hasrat untuk memiliki bentuk tubuh yang menarik dan berat badan ideal. Dek kerana keghairahan mereka itu, juga menimbulkan pelbagai keluhan malah ada sudah berputus asa kerana apa yang diusahakan selama ini tidak membuahkan hasil. Sebenarnya punca berat badan naik dan susah turun adalah disebabkan kesilapan diri sendiri yang dilakukan dalam keadaan tidak sedar antaranya seperti berikut
- Ganjaran selepas bersenam
Ramai antara kita yang silap langkah dengan memberikan ganjaran kepada senaman yang kita lakukan. Sebagai motivasi kepada diri ,kita menghadiahkan diri sendiri dengan makanan. Anda melakukan kesilapan besar kalau anda terfikir jumlah makananan yang diambil semudahnya boleh dihilangkan dengan bersenam. Kalori dan Lemak adalah dua perkara berbeza. Makan yang berlebihan membentuk lemak lalu memperlahankan pembakaran kalori. Jadi jika anda rasa kalori anda sudah banyak hilang, fikir semula !!! Dengan itu hasilnya tentukan tidak memberi kesan apa-apa kepada kamu..GAGAL!!
- Kurang tidur
Tidak mendapat tidur yang cukup sebenarnya boleh mengurangkan faedah senaman dan menyebabkan kamu akan menambahkan berat badan. Bukan sahaja kurang tidur menjejaskan prestasi senaman dan ketahanan, tetapi ia melambatkan metabolisme kamu, meningkatkan selera makan dan membuatkan kamu lebih cenderung tunduk kepada keinginan kamu. Tambahan pula, kekurangan tidur boleh meningkatkan tahap tekanan, yang boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan.Tidur kurang dari 5 jam sehari mempengaruhi minda anda dan sekaligus mengawal keinginan untuk makan malam. Jadi semakin sikit masa anda tidur, semakin banyak masa anda makan
- Tidak bersarapan
Seseorang yang melambatkan sarapan, berisiko 4 kali ganda lebih tinggi dari mereka yang mengambil sarapan untuk mendapat penyakit obesiti.Dengan membiarkan perut kosong pada waktu pagi ia akan melambatkan metabolisme badan dan menahan rasa lapar dan sekaligus menyebabkan anda makan banyak pada waktu tengahari
- Makan terlalu cepat
Kunyang makanan perlahan-lahan. Ini tidak, kalau makan berkenaan terlalu sedap, kita kunyah bukan main cepat lagi, adakala itu tak sempat kunyah sudah telan terus.Jika anda kunyah makanan anda perlahan-lahan, anda akan mengambil lebih sedikit kalori setiap kali anda makan. Sekurang-kurangnya masa selama 20minit diperlukan untuk perut mendapat isyarat dari otak bahawa anda sudah kenyang
- Kurang minum air putih
Dalam kajian, seseorang yang menjalani diet dan minum 2 gelas air sebelum makan akan membuatkan berat badannya kurang 30% lebih banyak berbanding mereka yang tidak minum
- Berkawan Dengan Mereka Yang Sama Berat Badan
Kajian di dalam New England Journal Of Medicine menunjukkan bahawa seseorang itu lebih cenderung untuk menjadi obesiti apabila mereka berkawan dengan orang yang ada obesiti
Itu tidak bermaksud anda tidak boleh berkawan dengan mereka yang berbadan besar. Tetapi gaya hidup dan pola pemakanan kawan sangat mempengaruhi.Jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi, ajaklah kawan pergi bersenam dan amalkan pola pemakanan sihat
- Makan Ketika Tertekan/Stress
Ketika stress, ada diantara kita lebih gemar makan makanan manis untuk membantu hilang stres. Jadi ketika keinginan makan makanan manis tu datang ketika stres, alihkan fikiran dengan melakukan aktiviti senaman ataupun tidur. Aktiviti senaman amat baik untuk badan dan membuatkan fikiran anda lebih baik
- Kurangkan Pengambilan Karbohidrat
Dengan pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti mi, nasi putih dapat meningkatkan hormon serotinin yang menyebabkan anda ingin makan lagi? Jadi gantikan karbohidrat sederhana dengan karbohidrat kompleks seperti beras perang atau oatmeal
- Makan Dengan Potongan Yang Besar
Seseorang yang makan dengan potongan yang besar boleh menambah kalori di badan mereka sebanyak 50% berbanding dengan mereka yang mengambil potongan kecil dan kunyah perlahan-lahan
- Makan terlalu sedikit
Anda berfikir bahawa makan makanan yang terlalu banyak boleh menyebabkan kegemukan lalu anda menyekat makanan anda.
Jadi tindakan anda sama sekali salah. Makan terlalu sedikit membuat badan anda rasa tidak stabil. Bila anda menahan nafsu makan, pengambilan makan tidak diberi dengan jumlah yang mencukupi. Ini menyebabkan metabolisme perlahan dan badan kita akan menyimpan lemak dan kalori. Sebagai hasil daripada ini, ia akan menjadi lebih sukar bagi kamu untuk mengurangkan berat badan.
- Tidak konsisten
Anda tak konsisten dalam pemakanan dan senaman.Anda melakukannya mengikut mood dan masa. KONSISTENSI amatlah penting.Anda boleh melakukan dengan kapasiti berbeza, tapi haruslah melakukannya setiap hari dan konsisten.
- Malas Bersenam
Walaupun anda telah mengurangkan pengambilan makanan , tetapi mungkin tidak dapat mengecilkan bahagian pinggang anda yang berlemak tanpa senaman.Kesimpulannya badan akan lebih cepat berisi apabila anda malas bersenam
- Makan Lewat Malam
Mengikut kajian Journal Obesity, seseorang yang makan selepas jam 8 malam akan mendapat lebih banyak kalori. Jadi jika keinginan anda untuk makan tengah malam itu menggila, carilah makanan yang mempunyai kandungan gula dan lemak yang rendahSeperti susu rendah lemak, air masak, buah-buahan ke ataupun roti oatmeal
- Mempunyai masalah kesihatan/perubatan
Banyak keadaan perubatan seperti sindrom ovari polisistik (PCOS), masalah tiroid dan ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan kamu untuk mendapatkan berat badan dan membuat ia amat sukar untuk kehilangan kg berlebihan. Juga, alahan makanan yang tersembunyi atau intolerances boleh membuat ia sukar untuk mengurangkan berat badan. Tambahan pula, manakala keadaan perubatan anda sendiri mungkin tidak menyebabkan pertambahan berat badan, kesan sampingan ubat-ubatan tertentu boleh tumpukan pada kg,jadi pastikan mendapatkan nasihat dari pakar tentang kesihatan anda.