Ahad

PANDUAN PENGUNA




Untuk menurunkan berat badan anda secara optimum, kami cadangkan anda untuk menggabungkan pengambilan ROYAL SLIM LISHUO MAGIC dengan tips-tips berguna berikut: 

Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan manis. 
Adalah penting di dalam mana - mana diet sekalipun, pengambilan karbo, lemak dan gula dikurangkan @ dihapuskan sama sekali. Untuk permulaan, anda tidak perlu terus meninggalkan makanan kegemaran anda, tetapi  harus mengurangkan jumlah pengambilannya. Lakukan secara berperingkat. Sesetengah badan tidak dapat menerima terus diet ketat dan ini memberi kesan diet yoyo iaitu badan kembali lebih gemuk dari sebelumnya. Cari dan kaji cara permakanan anda. Anda boleh gantikan beras anda kepada beras yang lebih berkhasiat dan rendah kanji seperti beras perang. Kurangkan kuanti nasi dan banyakkan sayuran. Minum segelas Jus buah atau air masak sebelum makan. Ini membuatkan anda separuh kenyang lalu jumlah pengambilan diwaktu makan anda dapat dikurangkan. 

Minum air masak 3 - 4 liter setiap hari 
Air adalah unsur penting dalam badan.Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing.  Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan amat digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar. Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang , jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.

Buat senaman ringan 
Kita memang sedia maklum tentang senaman. Dengan bersenam, anda mampu membakar kalori dengan lebih baik dan menjadikan diri anda lebih sihat. Namun begitu, adakah anda merasakan tidak mempunyai masa yang cukup untuk melakukan senaman setiap hari? Ia sebenarnya tidaklah sesukar anda bayangkan.
Lakukan regangan setiap kali bangun tidur. Melakukan kerja - kerja rumah juga satu jenis senaman ringan.
Manipulasi apa disekitar anda menjadi aktiviti sihat anda sebagai contoh :


  • Amalan membersih tingkap, permaidani, ruang tamu dan sebagainya juga membantu membakar kalori anda. Oleh itu, lakukan amalan ini setiap hari.
  • Sekiranya anda ada bayi, jadikan ia sebagai beban berat mengantikan dumbell. Timang mereka turun dan naik perlahan lahan selama anda mampu. Buat dalam kedudukan baring dan kaki rapat ke perut. Anda boleh melakukannya bila - bila masa dikala kelapangan. 
  • Sekiranya rumah anda mempunyai tangga, lakukan turun naik sedaya mampu anda. Lakukan berperingkat dan mengikut intensiti badan anda.
  • Kereta anda kotor? Jangan terus membawanya ke kedai, bersihkan sendiri kereta anda. Ini bukan sahaja menyihatkan badan malah mampu menjimatkan wang!
  • Lakukan riadah di luar rumah seperti berkebun dan menyapu sampah, mencuci longkang dan lantai. Aktiviti ini pasti membakar kalori 
  • Semasa menonton tv, anda tidak semestinya terpaku di kaca tv sahaja. Sekiranya anda mempunyai dumbell, angkat beban berganti kiri dan kanan tangan. Anda juga boleh menggunakan botol berisi air bagi mengantikan dumbell. Selain itu, anda boleh meletakkan beberapa bantal di kaki anda dan kemudian lakukan senaman angkat turun sambil duduk di atas sofa. Berguna bukan ??? Sambil lepak pun boleh lakukannya ....


Sudah temui cara melakukan senaman yang ringkas? Ubahlah gaya hidup anda hari ini. Lalui hidup anda dengan penuh keceriaan…